Wednesday, October 11, 2017

Kuih Keria Kat KL Yang Boleh Tandingi Kuih Keria Viral Melaka


"Keria Ku Milik Mu" - Come to me, keria!

Anda suka kuih keria yang viral tu? Kami ada tip bagus punya kat sini. Tak payah beriya cari resepi kuih keria Melaka tu. Tak payah beriya sangat beratur panjang-panjang nak beli kuih keria kat Melaka tu, tup-tup boleh beli dua bungkus je kuih lepas penat tunggu lama gila.

Tau tak ada satu gerai kuih keria yang jauuhhhhhh lagi sedap daripada Kuih Keria Antarabangsa dekat Melaka tu? Perkara ni dah terbukti lepas kami rasa kedua-dua spesimen. Hasil eksperimen memang mengejutkan (dan mengenyangkan). Tak sangka kuih keria di Kuala Lumpur ni jauh lagi sedap daripada yang di Melaka.



Keria! Keria! Keria! Sedapnya keria!

So, kat mana kuih yang boleh tandingi kuih viral ni? Bagi penduduk Lembah Klang, tak payah susah-susah nak drive 150 km ke Melaka. Kalau teringin sangat, drive je ke Sg Ramal, Kajang.

No Que. 

No Limit. 

Way Better Taste.

Gerai dia terletak di Medan Selera Adikku Sg Ramal yang terletak di antara Bangi dan Kajang, kedainya  bernama Sarjan Hassan Corner. Medan Selera ni sebenarnya terkenal dengan Kuah Lemak Itik Salai Mastar, Daging Salai, Ikan Keli Salai, Ayam Salai dan banyak lagi lah. Kalau nak cerita pasal ke-LEGEND-an Kuah Lemak kat sini pulak... PERRRGGGHH satu post pun tak habis.





Anyway, kalau teringin nak merasa kuih keria di sini, bolehlah singgah daripada pukul 9 pagi ke 7 petang dan ianya dibuka pada setiap hari. Harga, RM3 ringgit untuk 5 biji, memang berbaloi sangat-sangatlah, sebab kesedapan dia setanding dengan snek Churros, Auntie Anne's, mahupun Dunkin Donuts yang harganya ikut tukaran matawang Dollar Amerika tu.

Pertama kali datang sini memang untuk makan the super-famous Kuah Lemak Daging Salai sebenarnya. Kemudian saja-saja nak try makan kuih keria kat sini, orang kata sedap. Masa nak beli makcik menjual tu ada cakap, “Lepas ni tak payah dah nak pergi Melaka, sini pun dah ada.” Confident sangat makcik ni, pernah rasa ke yang Melaka punya? Tapi balas dalam hati jelah.


Amik kau!

Orang lain semua beli banyak tak teragak-agak. Biar benar diaorang ni, nak bagi makan budak asrama ke? Kita pun beli minimum jelah, yelah nak rasa-rasa je, bagi pemanis mulut lepas makan kuah lemak power yang pedas tadi. Lepas tu, dalam kereta kita pun cuba gigitan pertama yang masih tersemat dalam minda masa menulis ni. Dengan suhu yang suam ngam-ngam, kulit luar kuih keria tu sungguh rangup ditambah dengan kemanisan gula melaka yang disira sepenuhnya. Rasa belah dalam pula lembut dan berlemak sangat melengkapi rasa manis di luar.  Yang bestnya pulak, walaupun dah beli dua tiga jam bawak masuk office dalam air-cond, rasa dia masih lagi konsisten!


Bawak balik ke rumah pun rasa dia masih konsisten!

Memang lepas ni, takkanku beli sikit-sikit lagi sebab dah tahu rasa memang jauh lagi sedap dari yang Melaka punya. Kalau sesiapa yang teringat iklan A&W zaman dolu-dolu, Mozza Burger, sekali suap ada muzik ala-ala koir menyanyi, “MOZZA BURGER!”. Macam tulah perasaan kita masa SETIAP KALI makan kuih keria tu, seperti ada satu kumpulan koir yang memberi sokongan penuh di belakang.

Sebenarnya, ada terpikir jugak, mungkingkah kuih keria viral Melaka tu yang dah tak sesedap dulu, itu yang Kuih Keria Kajang ni dah boleh tandingi. Tapi kitaorang dah merasa-rasa beberapa kuih keria sira gula Melaka ni di sekitar Lembah Klang, ternyata memang tak sama!

Jadi kalau sesiapa berminat nak merasa boleh singgah di Medan Selera Adikku, Kampung Sungai Ramal Dalam, Bangi, Selangor Darul Ehsan. Jalan dia tak secomplicated mana pun, masuk Shell Sg Ramal, jalan depan sikit jumpalah signboard food court ni. Selamat menjamu selera!

*Mesej ini bukan ditaja oleh Medan Selera Adikku mahupun Sarjan Hassan Corner mahupun Kuih Keria Antarabangsa sekalipun. Tapi kalau Sarjan Hassan Corner nak hantar kuih keria pukul 4 petang setiap hari ke opis Nadra Online ni, kami alu-alukan je.

No comments:

Post a Comment