Ia tidak semahal yang
anda sangka. Di sini kami tunjukkan cara-caranya serta anggaran kos.
Pertama sekali, ingin kami ingatkan agar anda
jangan pula meletakkan percutian sebegini pada harga yang terlalu rendah sangat. Sudah
tentu kita mahu ke Switzerland, negara termahal untuk didiami di dunia. Namun, jika kena caranya, anda boleh bermain salji di negara termahal di dunia ini
dengan kos untuk seorang serendah…
RM3700 seorang!
Teruja? Teruskan membaca.
Waktu Terbaik Untuk Pergi
Elakkan
bercuti pada bulan Jun-Ogos sebab itu peak
season orang bercuti ke Eropah (dan juga bulan-bulan kita nak raya kan?).
Pada bulan-bulan ini semua hotel, pengangkutan dan taman tema diletakkan harga
paling mahal. Lagipun, mana ada salji time-time macam ni.
Pergi pada bulan Januari atau Februari kerana ia low season namun masih ada salji di
beberapa kawasan pergunungan Swiss. Paling elok kalau pergi masa cuti Tahun Baru
Cina (sebab kalau anda Melayu asli, anda tak perlu balik kampung untuk Raya
Cina).
Bercuti di negara orang kaya pada harga orang biasa-biasa.
Tiket Penerbangan
Pastikan cukup
kredit dalam akaun kad kredit, jadi boleh cepat-cepat tempah tiket bila ada
Jualan Murah. Tapi kalau anda beli tiket seawal 9 bulan hingga ke setahun lebih
awal pun, tak perlu tunggu jualan murah kerana harganya akan jadi lebih kurang
sama. Jadi jika mahu pergi bulan Januari atau Februari, boleh mula
menjenguk-jenguk tiket seawal bulan April tahun ini.
Lama sangat nak tunggu lepas beli
tiket? JANGAN LUPA! Anda masih perlu simpan duit untuk bayaran hotel serta
makan minum dan perbelanjaan lain di negara termahal di dunia ini. Sembilan
bulan tu sedang elok la tu. Bagaimana pun, anda masih boleh menunggu jualan murah kalau-kalau ada tiket murah. Saranan kami, jangan tunggu lama sangat. Paling lama pun empat bulan sebelum perjalanan.
Tiket murah ke mana-mana negara
Eropah biasanya antara RM2300 hingga RM2900 (ini cerita tiket murah – tiket
mahal lain cerita). Paling murah kami pernah dapat adalah RM1700 semasa AirAsia
masih terbang ke London dulu. Tapi ini cerita tahun 2010. Zaman sekarang
mungkin tak dapat.
Untuk tengok tiket paling murah dan
bandingkan beberapa syarikat penerbangan berbeza sekaligus, guna sahaja
Skyscanner. Biasanya yang paling atas tu memang yang paling murah, cuma anda
mungkin mahu tengok jika masa penerbangan sesuai dengan rancangan perjalanan
percutian anda dan jika ia perlukan anda bertukar kapal terbang di mana-mana.
Kalau sepanjang perjalanan pemandangan macam ni, tak sampai pun takpa.
Destinasi Anda
Ada beberapa titik destinasi yang boleh
dipertimbangkan untuk bercuti ke Switzerland. Anda boleh terbang terus ke
Switzerland iaitu ke kota Zurich atau Geneva dan kemudian menaiki tren atau
kereta sewa ke resort ski.
Atau anda boleh juga terbang ke mana-mana
destinasi Eropah berdasarkan tiket murah yang dapat anda tempah, kemudian naik
tren atau kapal terbang ke mana-mana kota di Switzerland, sebelum menaiki tren
atau kereta sewa ke resort ski. Pilihan ini sesuai jika anda mahu
berjalan-jalan ke negara lain di Eropah selain Switzerland. Kadang-kala,
cara ini mungkin juga lebih murah berbanding membeli tiket penerbangan terus ke
Switzerland.
Semasa kami ke sana, kami menaiki tren ke Basel,
menaiki kereta sewa dari Basel ke resort ski di Titlis-Engelberg, dan bertolak dari Basel
ke London menaiki penerbangan Ryan Air, yang betul-betul murah!
Malahan, kami memilih untuk ke Basel semata-mata
kerana terdapat penerbangan Ryan Air dari Basel ke London. Kami memilih untuk
bermain salji di Titlis-Engleberg pula kerana ia punyai kawasan yang mesra
kanak-kanak, yang juga sesuai buat beginner
seperti kami. Buat pengetahuan, bukan semua resort salji punyai kawasan lapang
untuk kanak-kanak dan beginners
bermain salji untuk suka-suka. Kebanyakan resort adalah khas untuk mereka yang
mahu ski atau belajar ski, jadi perlu bayar untuk ski pass untuk memasuki kawasan
bersalji. Daripada berbulan-bulan kajian yang kami lakukan, ternyata Titlis-Engleberg
merupakan yang paling sesuai untuk keluarga kami yang semuanya beginner, dengan tiga orang kanak-kanak
di bawah umur 10 tahun.
Berikut "breakdown" perbelanjaan kami dari Paris ke Titlis dan kembali
ke London untuk penerbangan balik ke Malaysia:
A) Paris Disneyland - Basel
1. Naik Tren TGV/Eurostar ke Stesen Basel SBB: EUR40
seorang (RM190)
- Beli tiket online
2 bulan sebelum tarikh perjalanan
- Semak dan beli tiket online di captaintrain.com
- Dari beberapa laman web dan app yang kami
semak, captaintrain.com
paling mudah digunakan, terutama untuk mencari jalan paling simple dari satu
bandar ke bandar yang lain antara dua negara, sambil memaparkan harga-harga tiket paling murah.
Tiket train TGV: RM190 seorang
2. Naik tren "komuter" dari Stesen
Basel SBB ke Stesen Pratteln: Swiss Franc CHF4 seorang (RM18)
- Kami memilih untuk bermalam di Basel kerana
harga hotel lebih murah berbanding di resort ski
- Namun objektif kami hanya untuk bermain salji
untuk suka-suka jadi setengah hari di resort ski sudah memadai. Jika anda mahu
belajar ski atau snowboard dan mengambil masa beberapa hari, lebih baik duduk
di hotel di resort tersebut terus.
Harga satu bilik utk 3 orang di Hotel Ibis Budget
Basel Pratteln, Basel: USD143 satu malam (RM633). Langgani newsletter AccorHotels.com untuk dapatkan promosi-promosi murah ke
e-mail anda.
Dari stesen ke hotel mengambil masa lebih kurang 10-15 minit dengan berjalan kaki. Pada bulan Februari, cepat gelap di Eropah jadi lebih baik cepat-cepat ke hotel sebelum matahari tenggelam. Di belakang hotel kami ada supermarket, jadi buat malam itu kami cuma beli roti dan sup segera serta minuman sahaja untuk makan malam. Hotel kami juga berdekatan dengan sebuah IKEA namun tidak Halal jadi kami telan air liur sahaja setiap kali melihat iklan meat ball sebesar-besarnya itu.
Dari stesen ke hotel mengambil masa lebih kurang 10-15 minit dengan berjalan kaki. Pada bulan Februari, cepat gelap di Eropah jadi lebih baik cepat-cepat ke hotel sebelum matahari tenggelam. Di belakang hotel kami ada supermarket, jadi buat malam itu kami cuma beli roti dan sup segera serta minuman sahaja untuk makan malam. Hotel kami juga berdekatan dengan sebuah IKEA namun tidak Halal jadi kami telan air liur sahaja setiap kali melihat iklan meat ball sebesar-besarnya itu.
Tiket tren dalam bandar: RM18
Hotel: RM422 seorang (total dua malam)
Makanan: RM20 seorang (malam pertama)
Tip: Jangan lupa beli breakfast dan snacks untuk esoknya sekali. Breakfast kat hotel mungkin tak Halal. Kopi dan teh ada la.
Uuuhhh nak meatbaaallll!
3. Kereta sewa
Kami menempah kereta sewa seminggu sebelum
perjalanan namun lebih baik tempah beberapa bulan lebih awal untuk dapatkan
harga paling murah. Buat trip ini, kami menyewa sebuah kereta untuk 4-5
penumpang untuk 24 jam pada harga RM585. Mereka beri kami sebuah Volkswagen
Polo. Pada hari kedua, di awal pagi, para kaum lelaki telah berjalan ke pejabat
Europcar, perjalanan selama 15 minit dan membawa kereta ke hotel. Dalam
tempahan, kami telah tetapkan untuk pulangkan kereta ke Airport Basel di mana
kami akan mengambil penerbangan pulang ke London. Senang, tak perlu cari dan
bayar teksi pula untuk ke airport. Jadi, kalau nak senang macam ni, pastikan
kereta sewa boleh dipulangkan di airport (atau stesen keretapi jika mengambil
tren).
Kereta sewa: RM585 untuk 24 jam (dalam RM146
seorang kalau bahagi 4)
Minyak: RM170 (kena isi minyak hingga hampir
penuh sebelum pulangkan)
B) Basel ke Titlis-Engleberg
Kelebihan pakai kereta sewa ni, senang tak perlu
pening-pening nak ke stesen keretapi dan cari tren ke bandar berdekatan resort
ski, kemudian nak naik lagi satu tren ke resort tersebut. Dengan kereta, boleh
terus letak kereta di luar stesen kereta kabel yang akan membawa kita ke tanah
tinggi di mana terdapatnya salji yang dicari-cari! Perjalanan dari hotel lebih kurang satu jam setengah.
Sampai di Titlis-Engelberg (jangan risau, dalam kereta ada alat GPS), beli tiket ke stesen yang paling bawah, iaitu
stesen Engelberg-Trubsee (sudah memadai bagi kami kerana kami tidak bercadang
untuk ski atau snowboard). Boleh bayar menggunakan cash atau card. Lega boleh
bayar pakai kad sebab tak tahu berapa harga tiket sebelum sampai sana. Kami
main redah je. Anda beruntung sebab dapat info di sini dahulu hehehehe.
Ada juga bendera Malaysia di kereta kabel di sini. Cool kan? :D
Harga tiket kereta kabel: RM142/dewasa, RM71/kanak-kanak
umur 6-15 tahun
- Kadang-kala kanak-kanak 15 tahun mungkin boleh
naik secara percuma. Semak dengan penjaga kaunter ketika membeli tiket.
Dah sampai
di stesen Engelberg-Trubsee tu, boleh pinjam tiub tayar, minibob dan balancer secara
PERCUMA! Cuma kena beratur dan bawa balik naik ke atas selepas turun bukit
salji. Jangan risau, ada travelator untuk naik balik ke atas.
Terima kasih ya Allah kerana ada travelator! Legaaaaaaa!
Part ni
PALING BEST sebab akhirnya dapat pun rasa bermain salji di Switzerland! Sejuk
yang amat, tapi seronok sangat! Lebih-lebih lagi bila tengok anak-anak gembira
tidak terkata. Bapak budak pun gembira! Syukur Alhamdulillah, InsyaAllah next
time(?) nak cuba pengalaman duduk di resort dan main ski atau snowboard pula.
Ini yang ditunggu-tunggu!
Rasanya yang ni namanya "Balancer". Rasanya laa.
Yang ini mungkin "Minibob." Mungkin laa.
Kami tidak
lama di Titlis, sampai sana dalam pukul 12pm, pukul 2-3pm macam tu dah nak
balik ke Basel dah (tak tahan sejuk kahkahkah). Boleh la untuk pengalaman
pertama bermain salji.
Do you wanna build a snowmaaann? Ni je yang mampu buat
sebab snow ni sejuk sangat untuk Melayu jakun macam kami ni.
Malam itu,
kami bawa kereta berjalan-jalan keliling bandar Basel (sebenarnya sesat cari
kedai makanan Halal). Kami makan di kedai Aladin, sebuah restoran Turki. Nak
kata mahal, agak la. Nama pun Switzerland kan. Tapi makanan sedap, portion
elok-elok bagi mengenyangkan kami. Nak cari kedai Aladin ni, ia terletak di sebelah kedai Bata. Rasanya kedai Aladin ni kena mandram agaknya sebab 2-3 kali kami mundar-mandir depan kedai ni tapi kami tak nampak, walaupun kedai Bata nampak terang-terang. Wallahualam la nak hahaha!
Tip: Jangan
order air kosong, sebab mereka akan bagi air mineral mahal. Lebih baik order
jus buah atau air tin.
Makan malam:
Dalam RM50 seorang
Tip lagi:
Sila jangan melebihi speed limit di
sini walaupun rasa macam terlalu rendah dan tidak masuk akal. Anda akan dirakam
kamera AES dan terima bilnya di rumah anda tidak sampai sebulan selepas
bercuti. Ini akan menyebabkan kos percutian Swiss anda meningkat.
C) Basel ke London
Jadi kami
asyik cakap RyanAir murah kan? Semurah mana? Penerbangan kami dari Basel
kembali ke London berharga CHF16 sahaja. Amik kau! Kalah Tony kikikikiki.
Campur tolak kadar bagasi, dalam CHF28 seorang (bagasi kami semuanya dalam 45kg
untuk 9 orang, jadi mahal sedikit. Kalau tiada bagasi untuk check-in, lagi murah).
Tiket
penerbangan: RM70 seorang lebih kurang tanpa bagasi
GRAND TOTAL:
RM3700 seorang untuk bermain salji di Switzerland (termasuk penerbangan dari
Kuala Lumpur ke Eropah)
Kos untuk
seorang selama dua hari di Switzerland: Dalam RM1100 seorang lebih kurang. Kalau nak duduk lama lagi, tambah la dalam RM300 satu malam. Selamat merancang perjalanan!
Best best
ReplyDeleteThank you Pahzai!!
ReplyDeleteVery good info 👍👍
ReplyDeleteThank you, Esfarisya :)
DeleteGood article.. mesti mau cuba
ReplyDeleteThank you Twelveart Studio. Apa kata cuba tahun depan? hehehehe
DeleteOk nak simpan duit!
ReplyDeleteYay! Go go go! :D
DeleteBestnya.. In my bucket list another 2-3yrs....
ReplyDeleteBest tu, Raihana! Kami pun target nak pergi ke Europe balik dalam masa 2-3 tahun. Kali ni, kalau boleh nak naik ke Titlis Skywalk Bridge, 2 stesen atas daripada Trubsee. Tapi mahal sikit, so kena simpan duit lama sikit :D
DeleteTerima kasih kerana sudi membaca. Alhamdulillah jika dapat membantu :D Have a nice trip! Fi amanillah!
ReplyDeleteThank you for the info..sy dpt tiket murah Rm1700 ke London dgn Qantas Airlines. will be travel next month. Hopefully semua brjalan lancar.
ReplyDeleteWah murah tu! Good for you, have a nice trip Aziefarizan and family! Ke pergi dengan kawan-kawan? Alhamdulillah kalau info saya dapat membantu, semoga dipermudahkan segala urusan kat sana, and have fun!
DeleteProfit primarily prime quality items -- you can understand them all within: backpack brands
ReplyDeleteGreat content! Super high-quality! Keep it up!
ReplyDeleteBest Places To Visit in Sweden - Sweden Tourist Attractions