Review by Atiqah Al-Khaired
"Keria Ku Milik Mu" - Come to me, keria!
Anda suka kuih keria yang viral tu? Kami ada tip bagus punya kat sini. Tak payah beriya
cari resepi kuih keria Melaka tu. Tak payah beriya sangat beratur panjang-panjang nak beli kuih keria kat Melaka tu, tup-tup boleh beli dua bungkus je kuih lepas penat tunggu lama gila.Tau tak ada satu gerai kuih keria yang jauuhhhhhh lagi sedap daripada Kuih Keria Antarabangsa dekat Melaka tu? Perkara ni dah terbukti lepas kami rasa kedua-dua spesimen. Hasil eksperimen memang mengejutkan (dan mengenyangkan). Tak sangka kuih keria di Kuala Lumpur ni jauh lagi sedap daripada yang di Melaka.